Sertai Hari Ini .... 

Injil Markus

Mempelajari Injil Markus Dengan
Video Alkitab AVB-LUMO.
Apa Yang Akan dipelajari

Filem Yesus Inovatif

Filem inovatif yang mengagumkan ini, kini tersedia dalam lebih dari 800 bahasa dan mudah disesuaikan untuk penonton global. Sesiapa sahaja, di mana sahaja di dunia dapat sepenuhnya menikmati terjemahan Kitab Suci mereka yang melukiskan gambaran visual yang menakjubkan dari kehidupan Kristus yang berlatarbelakangkan penyampaian autentik Palestin abad pertama.

Di Akademi Komuniti Digital, kita akan sama-sama mempelajari Injil Markus melalui filem Yesus yang inovatif ini.
Kebanyakan ilmuan alkitabiah bersetuju bahawa Injil Markus adalah ditulis oleh Yohanes Markus (John Mark) - seorang yang dinyatakan oleh Petrus sebagai “anakku Markus” di dalam 1 Petrus 5:13. Buku ini mungkin di tulis di antara AD64 dan AD70, kepada bangsa-bangsa lain yang bukan Yahudi.

Di dalam lapan bab yang pertama, Markus memberikan tumpuan kepada kuasa dan kewibawaan (authority) “Anak Allah” yang melakukan banyak mukjizat. Dan di dalam lapan bab yang terakhir, menunjukkan Yesus bertekad untuk mengambil jalan penderitaan dan kematian, untuk menyelamatkan semua bangsa.

Untuk respon kita, Yesus memanggil kita di dalam,  
Markus 1:15 Yesus berkata, "Sudah genap masanya dan kerajaan Allah hampir tiba. Bertaubatlah dan percayalah akan Injil ini!"

Markus dengan tidak melengahkan masa, memperkenalkan Yesus. Injil Markus tidak menyentuh kepada tentang kelahiran Yesus dan masa kanak-kanakNya, tetapi dengan serta-merta menceritakan pelayanan Yesus yang menunjukkan siapakah Dia.

Akademi Komuniti Digital

Pelajaran Alkitab
Injil Markus